Friday, July 30, 2010

Tak serik2 Lagi

Assalamualaikum...

Ramai yang berkeinginan untuk hidup mewah. Kebanyakkan orang mengukur status kemewahan berdasarkan rumah yang didiami dan kereta yang dipandu. Atas dasar yang sama, skim-skim cepat kaya menonjolkan kedua-dua harta tadi sebagai modal untuk mengaburi mata para pelabur agar menyertai mereka.

Begitu senangnya rakyat Malaysia tertipu untuk melabur RM10,000 - RM41,000 dalam skim penipuan seperti ini, satu jumlah yang besar bagi kebanyakkan rakyat Malaysia. Asas kepada mengapa ramai yang terjebak dalam skim begini adalah kerana kurang ilmu dalam bidang kewangan, tidak membuat kajian dan pengiraan lojik dari segi kewangan, dan perasaan tamak. Mereka merasakan instrumen pelaburan dan kewangan yang berlesen tidak pandai menjana pendapatan.

Tahniah kepada pihak PDRM dan KPDN yang berjaya bertindak membentras penipuan tersebut. Dalam artikel akan datang saya akan berikan sedikit contoh panduan dan pengiraan agar kita lebih berhati-hati dan tidak menulangi kesilapan yang sama.

Skim cepat kaya tumpas

Oleh ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR 28 Julai - Hanya berbekalkan risalah-risalah dan memandu kenderaan mewah, satu skim cepat kaya di Lembah Klang, bergerak aktif menipu orang ramai sejak lebih setahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, mereka licik mencari mangsa supaya melabur dalam skim terbabit dengan jumlah minimum RM10,000 sehingga RM41,000. 

Malah bantuan mendapatkan pinjaman daripada bank dan koperasi turut diatur oleh skim terbabit bagi bakal-bakal pelabur yang berminat.

Namun skim pelaburan haram itu akhirnya tumpas diserbu penguat kuasa semasa beroperasi di beberapa restoran di Mentari Court, Bandar Sunway, Petaling Jaya dekat sini malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, 59 ejen skim terbabit ditahan ketika cuba menyakinkan kira-kira 80 bakal pelabur baru.

Serbuan dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, polis Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ekoran laporan-laporan polis yang dibuat mangsa.

Kesemua ejen ditahan berusia 20-an hingga 30-an dengan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan muda yang baru tamat pengajian di peringkat universiti.

Ketua Penolong Pengarah Operasi JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, polis turut memburu dalang skim terbabit yang dipercayai masih berada di dalam negara. 

Menurut beliau, setiap ejen akan menyakinkan bakal-bakal pelabur baru dengan memandu kereta mewah seperti BMW, Nissan Fairlady, Toyota Alphard dan Mercedes-Benz.
"Syarikat skim cepat kaya itu turut dikesan memaparkan logo-logo media rasmi termasukUtusan Malaysia pada risalah sebagai penaja bersama. 

"Penggunaan logo media itu dilihat sebagai bukti skim itu diiktiraf dan boleh dipercayai," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Tambah Rohaimi, siasatan mendapati skim itu menjanjikan pulangan di peringkat awal sebanyak RM2,500 
kepada pelabur dalam masa tiga hari. 


"Semua pelabur di peringkat awal benar-benar memperoleh pulangan dijanjikan tetapi mereka yang lambat akan menghadapi masalah."

Selain itu, semua ejen menggunakan nombor pendaftaran kenderaan mewah 8282 dan 925 sebagai tanda ahli skim terbabit yang telah berjaya," katanya. 


Beliau berkata, kesemua mereka terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Tuesday, July 27, 2010

Penipuan Skim Emas

Berhati-hati dengan skim emas yang masih hangat kini, banyak yang mengambil kesempatan atas kesempitan ekonomi untuk menawarkan skim-skim yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda. Sila rujuk artikel The Star, bertarikh 13 Julai 2009 ini.


A golden investment that sounds too good to be true


WHEN times are volatile and the economic cycle erratic, investors often turn to gold as a safe investment. However, unscrupulous companies have now come up with very attractive ways to market gold in the form of coins or bars. What makes this type of investment attractive or seem safe is not just the returns but the fact that investors are holding on to gold. Agents for this type of investment would point out that if or should the company go belly-up, the investors would still have their gold coins or bars in hand.
According to a source familiar with such schemes, the gold that was offered to investors was usually lower in value than claimed. He said most goldsmiths would not buy this gold as the purity of the metal was in question. He added that this was akin to Ponzi schemes as the earlier investors would have a better deal than the ones who come in later.

Starprobe was alerted to a “gold investment scheme” operated by Genneva Sdn Bhd, which was offering investors 50gm gold coins at RM6,500. A member of the public said the company would pay investors 2.5% of the price of the gold coin and guarantee to buy back the coin at market value after a minimum holding time of one month. “Initially investors were paid the 2.5% investment on a monthly basis but now it’s every three months because the company claimed the amount of paperwork generated was a hassle,” she said.

“I was approached by one of their agents who claimed to have sold 3kg worth of coins for RM300,000. This was ‘authenticated’ by various photocopied documents,” she added. Additionally, the company said the coins could be authenticated by Bank Rakyat and that investors could even pawn the coins to the bank at 65% of the value of the coin.

She also said an agent of the company had sent out an SMS with the message that the company was safe in the wake of the Bank Negara investigation into Bestino Group Bhd, a company dealing in gold bars that was being probed for illegal deposit-taking and issuance of redeemable preference shares. 

“A check with the central bank’s website did not reveal any information relating to the company,” she said. A Bank Negara official however told Starprobe that Genneva was not licensed. He could not comment further as no complaint had been lodged against the company.

Bank Rakyat, when contacted, said it was not aware of the scheme. “We’ve posted notices at all our branches and Ar-Rahnu X’Change that the bank is not involved,” said a Bank Rakyat official.

When contacted, a Genneva official questioned our reporter’s credentials. The official also considered the complaints as not legitimate because they did not come from their clients. “You’re fishing in very deep waters,” he said before hanging up.

The Star - July 13, 2009

Friday, May 28, 2010

Pakej Rangsangan Ekonomi Taiwan

Berbagai cara digunakan oleh negara2 di dunia untuk membantu rakyatnya dalam keadaan ekonomi yang meleset. Kebanyakkan negara megambil pendekatan untuk membantu Institusi yang terjejas seperti kewangan dan membeli aset2 mereka yang terjejas teruk tersebut (nama lain untuk Bail-Out).

Di Taiwan, kerajaan mengambil salah satu pendekatan untuk merangsang ekonomi dengan cara memberikan Kupon bernilai TWD3,600 (bersamaan RM378) kepada 23juta rakyat negara tersebut sebagai hadiah Tahun Baru 2010 dan sambutan Tahun Baru Cina. Untuk tujuan tersebut, kerajaan Taiwan memperuntukkan sebanyak TWD85.7 billion (bersamaan MYR8.99 billion). Kupon tersebut mempunyai tempoh 'Sah Berlaku' sehingga September 2010 sahaja.

Pendekatan 'Menang-Menang' yang diambil kerajaan memberi kesan positif dalam menggalakkan pengaliran wang dipasaran kerana Kupon (bukan tunai) tersebut terpaksa dibelanjakan untuk pembelian. Secara tidak langsung aktiviti berbelanja tersebut membantu syarikat2 di Taiwan untuk aktif semula.
http://edition.cnn.com/2009/WORLD/asiapcf/01/18/taiwan.vouchers/index.html

Melihat kepada pendekatan yang dibuat oleh kerajaan Taiwan, skalanya bersaiz besar , lebih menepati konsep "Kerajaan Berkebajikan"  dan "Rakyat didahulukan Pencapaian DiUtamakan" kerana mengambil pendekatan serampang dua mata.
  1. Mengenalpasti dan mengiktiraf sumbangan rakyat dalam membantu ekonomi negara. 
  2. Memastikan perbelanjaan tersebut dapat menggerakkan sektor perniagaan lain.
Di Malaysia, pendekatan yang hampir serupa telah dibuat oleh kerajaan, kepada pemilik kenderaan yang membeli atau membaharui cukai jalan sepanjang tempoh 1 April 2008 - 31 Mac 2009. Kenderaan dengan kapasiti selinder (cc) dibawah 2500cc di Semenanjung dan bawah 3000cc di Sabah dan Sarawak layak mendapat rebat (subsidi) sebanyak MYR625, sementara pemilik motosikal di bawah 250cc diberi MYR150. Cuma, skala rangsangan tersebut tidak dinikmati oleh kebanyakkan rakyat dan pembayar cukai di negara ini, tapi hanya bagi sebahagian yang berkenderaan sahaja.

Wednesday, May 26, 2010

Bijak Wang...?

Assalamualaikum...
Setiap kali berlaku kejatuhan di Bursa Saham, ramai pelabur menjadi panik, menggunakan emosi serta mendapatkan pendapat dari rakan2 mereka yang turut beremosi dalam membuat keputusan. Akhirnya mereka akan menggunakan berbagai2 alasan untuk menjual saham yang dimiliki pada nilai yang RUGI. Setiap keputusan beremosi, biasanya dibuat oleh pelabur2 yang bersifat spekulatif dan kurang membuat pembacaan, serta kurang memahami matlamat mengapa pelaburan dilakukan.

Dalam perancangan kewangan, secara asasnya individu dicadangkan untuk membuat pembahagian atas pendapatan yang diperolehi kepada 3 bahagian: Past Money, Present Money dan Future Money. Tiada ketetapan terhadap alokasi tersebut, tetapi sebagai panduan dicadangkan peruntukkan seperti berikut:

1. Past Money (30%)
Digunakan untuk pembayaran Hutang Rumah, Kenderaan dan Pinjaman peribadi
2. Present Money (40%)
Digunakan untuk perbelanjaan semasa, diri dan ahli keluarga, seperti makan, petrol, tambang anak2 dsb
3. Future Money (30%)
Digunakan untuk perbelanjaan masa hadapan seperti Pendidikan anak2, Takaful, Pelaburan dan perbelanjaan Persaraan.

Apabila diutarakan cadangan tersebut, ramai pula yang berkata, sukar untuk dilaksanakan disebabkan peruntukan Future Money telah digunakan oleh Past dan Present Money seperti menukar kenderaan baru setiap 3 - 5 tahun sekali. Jika begitu, persoalannya apa yang anda tinggalkan untuk persaraan anda? 


Setiap RM1 yang anda tabungkan hari ini akan mempunyai nilaian yang berlipat ganda pada tempoh 10, 20 atau  30 tahun akan datang. Tetapi, jika RM0 yang anda tabungkan, 30tahun akan datang ia masih bernilai RM0.

Apakah rasionalnya cadangan tersebut. Katakan anda bekerja dari umur 25 tahun dan bersara pada usia 55 tahun. Ini bermakna anda telah membelanjakan 70% pendapatan anda untuk Past dan Present Money dalam tempoh 30tahun. Baki pendapatan anda, Future Money (30%) pula adalah penyelamat anda untuk pendidikan anak2, kesihatan, dan pendapatan persaraan sehingga umur 70tahun (15tahun), ala kadar aje jumlahnya... betulkan?.

Pelaburan sebagai Future Money - dicadangkan untuk dilaburkan dalam tempoh jangka panjang 15, 20 atau 30 tahun dan bermatlamat untuk kegunaan persaraan dan pendidikan anak anda. Jika anda percaya anak anda layak mendapat biasiswa (lebih kurang 450,000 pelajar untuk 1,800 biasiswa), maka anda boleh tolak peruntukan pendidikan tersebut.

Bursa Saham, seperti BSKL telah menunjukkan pertumbuhan purata 12% setahun dari 1977 - 2007, iaitu satu kadar yang menarik, walaupun melalui tempoh kemelesetan ekonomi dan krisis kewangan yang buruk (proven instrument). Jika anda faham matlamat anda dan asas pelaburan, anda akan terus melaburkan wang anda dalam apa jua situasi ekonomi kerana dalam setiap krisis anda akan melipatgandakan keuntungan jangka panjang anda.

Mungkin pendapat Sifu Kewangan ini dan Billionaires ke 2 kaya didunia ini boleh menjadi renungan dan panduan buat anda:

"How many millionaires do you know who have become wealthy by investing in saving account" Robert G. Allen

"The stock market is a wonderfully efficient mechanism for transferring wealth from the impatient to the patient" Warren Buffett


Berjumpa lagi... renungkan la