Emas adalah satu komoditi yang bernilai sejak zaman berzaman, sebagai barangan hiasan dan matawang. Hari ini emas digunakan dengan agak meluas dalam bidang elektronik, kejuruteraan dan angkasalepas. Emas diterima dimana2 negara, tidak seperti wang kertas yang akan hilang nilai apabila rosak/dirosakkan atau berlaku penyusutan nilai.
Enam negara yang penyimpan emas terbesar dunia 2009 (mengikut turutan) adalah Amerika Syarikat, German, Perancis, Italy, China dan Switzerland. Negara di Asia, China membeli emas dengan banyaknya bermula tahun 2003 lagi semasa ekonomi dunia sedang rancak diikuti India pada 2005. Pembelian tersebut adalah strategi pengimbangan ekonomi dan matawang bila berlaku kemelesetan ekonomi global, yang dipraktikkan oleh bank2 pusat dunia secara berterusan. Memegang matawang sesebuah negara dalam jumlah yang banyak akan mamberi impak yang besar apabila matawang negara tersebut menyusut akibat krisis global.
Kebelakangan ini, banyak pihak yang menjual dan mempromosi emas sebagai inisiatif portfolio pelaburan. Ini satu perkembangan yang menarik dan baik berbanding era 1990an. Kebimbangan saya bukan keatas emas tersebut, TETAPI keatas:
1) Skim pelaburan yang berbentuk cepat kaya yang menjanjikan pulangan beberapa % setiap bulan.
Panduan saya: jika skim tadi memberi keuntungan lebih dari 1.5% sebulan, logiknya Institusi Kewangan akan berminat membuat pelaburan daripada memberikan Hutang Kad Kredit kepada pelanggan yg berbagai kerenah dan jika keuntungannya lebih dari 3%, Along amat berminat kerana, tak perlulah menggajikan Gangster untuk mencari peminjam tegar. Tiada peniaga yg mempunyai "Secret" buat duit yg banyak akan berkongsi rahsianya dengan anda...
2) Pembelian emas dalam bentuk siling & jongkong yang tiada sijil ketulinan dari pihak berkuasa
3) Alokasi portfolio pelanggan atas pelaburan
Alokasi emas yang dicadangkan adalah 10% (max), dari keseluruhan portfolio pelaburan anda. Di negara China, kerajaannya menggalakkan setiap rakyatnya menyimpan 5% portfolio pelaburan berbentuk emas.
4) Masa pelaburan yang kurang sesuai - sila rujuk graf dibawah. Harga emas semasa sudah terlalu tinggi. Semasa krisis ekonomi 1980-1981 (US) harga emas melonjak naik, bila ekonomi pulih, harga emas turun dengan banyaknya. Keadaan yang sama berlaku pada 2008-2010. Penjual emas akan mempromosi kepada pelabur untuk membeli pada tempoh ini kerana mereka akan membuat keuntungan. Berfikirlah seperti penjual emas...Beli emas semasa ekonomi baik, jual apabila ekonomi jatuh
Link ini Gold Prices Since 1970 | Thumbcharts® pula menunjukkan perbandingan harga apabila dimasukkan kadar inflasi. Graph tersebut jelas menunjukkan harga emas semasa sudah terlalu tinggi. Kalau kita meneliti kitaran harga emas semenjak 1915 pula kita akan dapati, kitaran emas (Harga Tinggi - Harga Rendah - Harga Tinggi) mengambil masa antara 28 - 33 tahun. Senario ini jika kita letakkan pada situasi semasa (1980 + 33 = 2013). Pelabur yang ingin memasuki pelaburan emas pada tempoh ini dinasihatkan agar berhati2 dan peka dengan perubahan harga tersebut.
Ini hanyalah pandangan peribadi, berdasarkan pembacaan, seminar yang di hadiri & yang saya kendalikan. Diharapkan anda mendapat manfaat. wassalam
Ini hanyalah pandangan peribadi, berdasarkan pembacaan, seminar yang di hadiri & yang saya kendalikan. Diharapkan anda mendapat manfaat. wassalam
No comments:
Post a Comment