Friday, May 28, 2010

Pakej Rangsangan Ekonomi Taiwan

Berbagai cara digunakan oleh negara2 di dunia untuk membantu rakyatnya dalam keadaan ekonomi yang meleset. Kebanyakkan negara megambil pendekatan untuk membantu Institusi yang terjejas seperti kewangan dan membeli aset2 mereka yang terjejas teruk tersebut (nama lain untuk Bail-Out).

Di Taiwan, kerajaan mengambil salah satu pendekatan untuk merangsang ekonomi dengan cara memberikan Kupon bernilai TWD3,600 (bersamaan RM378) kepada 23juta rakyat negara tersebut sebagai hadiah Tahun Baru 2010 dan sambutan Tahun Baru Cina. Untuk tujuan tersebut, kerajaan Taiwan memperuntukkan sebanyak TWD85.7 billion (bersamaan MYR8.99 billion). Kupon tersebut mempunyai tempoh 'Sah Berlaku' sehingga September 2010 sahaja.

Pendekatan 'Menang-Menang' yang diambil kerajaan memberi kesan positif dalam menggalakkan pengaliran wang dipasaran kerana Kupon (bukan tunai) tersebut terpaksa dibelanjakan untuk pembelian. Secara tidak langsung aktiviti berbelanja tersebut membantu syarikat2 di Taiwan untuk aktif semula.
http://edition.cnn.com/2009/WORLD/asiapcf/01/18/taiwan.vouchers/index.html

Melihat kepada pendekatan yang dibuat oleh kerajaan Taiwan, skalanya bersaiz besar , lebih menepati konsep "Kerajaan Berkebajikan"  dan "Rakyat didahulukan Pencapaian DiUtamakan" kerana mengambil pendekatan serampang dua mata.
  1. Mengenalpasti dan mengiktiraf sumbangan rakyat dalam membantu ekonomi negara. 
  2. Memastikan perbelanjaan tersebut dapat menggerakkan sektor perniagaan lain.
Di Malaysia, pendekatan yang hampir serupa telah dibuat oleh kerajaan, kepada pemilik kenderaan yang membeli atau membaharui cukai jalan sepanjang tempoh 1 April 2008 - 31 Mac 2009. Kenderaan dengan kapasiti selinder (cc) dibawah 2500cc di Semenanjung dan bawah 3000cc di Sabah dan Sarawak layak mendapat rebat (subsidi) sebanyak MYR625, sementara pemilik motosikal di bawah 250cc diberi MYR150. Cuma, skala rangsangan tersebut tidak dinikmati oleh kebanyakkan rakyat dan pembayar cukai di negara ini, tapi hanya bagi sebahagian yang berkenderaan sahaja.

No comments:

Post a Comment