Assalamualaikum...
Setiap kali berlaku kejatuhan di Bursa Saham, ramai pelabur menjadi panik, menggunakan emosi serta mendapatkan pendapat dari rakan2 mereka yang turut beremosi dalam membuat keputusan. Akhirnya mereka akan menggunakan berbagai2 alasan untuk menjual saham yang dimiliki pada nilai yang RUGI. Setiap keputusan beremosi, biasanya dibuat oleh pelabur2 yang bersifat spekulatif dan kurang membuat pembacaan, serta kurang memahami matlamat mengapa pelaburan dilakukan.
Dalam perancangan kewangan, secara asasnya individu dicadangkan untuk membuat pembahagian atas pendapatan yang diperolehi kepada 3 bahagian: Past Money, Present Money dan Future Money. Tiada ketetapan terhadap alokasi tersebut, tetapi sebagai panduan dicadangkan peruntukkan seperti berikut:
1. Past Money (30%)
Digunakan untuk pembayaran Hutang Rumah, Kenderaan dan Pinjaman peribadi
2. Present Money (40%)
Digunakan untuk perbelanjaan semasa, diri dan ahli keluarga, seperti makan, petrol, tambang anak2 dsb
3. Future Money (30%)
Digunakan untuk perbelanjaan masa hadapan seperti Pendidikan anak2, Takaful, Pelaburan dan perbelanjaan Persaraan.
Apabila diutarakan cadangan tersebut, ramai pula yang berkata, sukar untuk dilaksanakan disebabkan peruntukan Future Money telah digunakan oleh Past dan Present Money seperti menukar kenderaan baru setiap 3 - 5 tahun sekali. Jika begitu, persoalannya apa yang anda tinggalkan untuk persaraan anda?
Setiap RM1 yang anda tabungkan hari ini akan mempunyai nilaian yang berlipat ganda pada tempoh 10, 20 atau 30 tahun akan datang. Tetapi, jika RM0 yang anda tabungkan, 30tahun akan datang ia masih bernilai RM0.
Setiap RM1 yang anda tabungkan hari ini akan mempunyai nilaian yang berlipat ganda pada tempoh 10, 20 atau 30 tahun akan datang. Tetapi, jika RM0 yang anda tabungkan, 30tahun akan datang ia masih bernilai RM0.
Apakah rasionalnya cadangan tersebut. Katakan anda bekerja dari umur 25 tahun dan bersara pada usia 55 tahun. Ini bermakna anda telah membelanjakan 70% pendapatan anda untuk Past dan Present Money dalam tempoh 30tahun. Baki pendapatan anda, Future Money (30%) pula adalah penyelamat anda untuk pendidikan anak2, kesihatan, dan pendapatan persaraan sehingga umur 70tahun (15tahun), ala kadar aje jumlahnya... betulkan?.
Pelaburan sebagai Future Money - dicadangkan untuk dilaburkan dalam tempoh jangka panjang 15, 20 atau 30 tahun dan bermatlamat untuk kegunaan persaraan dan pendidikan anak anda. Jika anda percaya anak anda layak mendapat biasiswa (lebih kurang 450,000 pelajar untuk 1,800 biasiswa), maka anda boleh tolak peruntukan pendidikan tersebut.
Bursa Saham, seperti BSKL telah menunjukkan pertumbuhan purata 12% setahun dari 1977 - 2007, iaitu satu kadar yang menarik, walaupun melalui tempoh kemelesetan ekonomi dan krisis kewangan yang buruk (proven instrument). Jika anda faham matlamat anda dan asas pelaburan, anda akan terus melaburkan wang anda dalam apa jua situasi ekonomi kerana dalam setiap krisis anda akan melipatgandakan keuntungan jangka panjang anda.
Mungkin pendapat Sifu Kewangan ini dan Billionaires ke 2 kaya didunia ini boleh menjadi renungan dan panduan buat anda:
"How many millionaires do you know who have become wealthy by investing in saving account" Robert G. Allen
"The stock market is a wonderfully efficient mechanism for transferring wealth from the impatient to the patient" Warren Buffett
Berjumpa lagi... renungkan la
No comments:
Post a Comment