Friday, July 30, 2010

Tak serik2 Lagi

Assalamualaikum...

Ramai yang berkeinginan untuk hidup mewah. Kebanyakkan orang mengukur status kemewahan berdasarkan rumah yang didiami dan kereta yang dipandu. Atas dasar yang sama, skim-skim cepat kaya menonjolkan kedua-dua harta tadi sebagai modal untuk mengaburi mata para pelabur agar menyertai mereka.

Begitu senangnya rakyat Malaysia tertipu untuk melabur RM10,000 - RM41,000 dalam skim penipuan seperti ini, satu jumlah yang besar bagi kebanyakkan rakyat Malaysia. Asas kepada mengapa ramai yang terjebak dalam skim begini adalah kerana kurang ilmu dalam bidang kewangan, tidak membuat kajian dan pengiraan lojik dari segi kewangan, dan perasaan tamak. Mereka merasakan instrumen pelaburan dan kewangan yang berlesen tidak pandai menjana pendapatan.

Tahniah kepada pihak PDRM dan KPDN yang berjaya bertindak membentras penipuan tersebut. Dalam artikel akan datang saya akan berikan sedikit contoh panduan dan pengiraan agar kita lebih berhati-hati dan tidak menulangi kesilapan yang sama.

Skim cepat kaya tumpas

Oleh ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR 28 Julai - Hanya berbekalkan risalah-risalah dan memandu kenderaan mewah, satu skim cepat kaya di Lembah Klang, bergerak aktif menipu orang ramai sejak lebih setahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, mereka licik mencari mangsa supaya melabur dalam skim terbabit dengan jumlah minimum RM10,000 sehingga RM41,000. 

Malah bantuan mendapatkan pinjaman daripada bank dan koperasi turut diatur oleh skim terbabit bagi bakal-bakal pelabur yang berminat.

Namun skim pelaburan haram itu akhirnya tumpas diserbu penguat kuasa semasa beroperasi di beberapa restoran di Mentari Court, Bandar Sunway, Petaling Jaya dekat sini malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, 59 ejen skim terbabit ditahan ketika cuba menyakinkan kira-kira 80 bakal pelabur baru.

Serbuan dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, polis Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ekoran laporan-laporan polis yang dibuat mangsa.

Kesemua ejen ditahan berusia 20-an hingga 30-an dengan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan muda yang baru tamat pengajian di peringkat universiti.

Ketua Penolong Pengarah Operasi JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, polis turut memburu dalang skim terbabit yang dipercayai masih berada di dalam negara. 

Menurut beliau, setiap ejen akan menyakinkan bakal-bakal pelabur baru dengan memandu kereta mewah seperti BMW, Nissan Fairlady, Toyota Alphard dan Mercedes-Benz.
"Syarikat skim cepat kaya itu turut dikesan memaparkan logo-logo media rasmi termasukUtusan Malaysia pada risalah sebagai penaja bersama. 

"Penggunaan logo media itu dilihat sebagai bukti skim itu diiktiraf dan boleh dipercayai," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Tambah Rohaimi, siasatan mendapati skim itu menjanjikan pulangan di peringkat awal sebanyak RM2,500 
kepada pelabur dalam masa tiga hari. 


"Semua pelabur di peringkat awal benar-benar memperoleh pulangan dijanjikan tetapi mereka yang lambat akan menghadapi masalah."

Selain itu, semua ejen menggunakan nombor pendaftaran kenderaan mewah 8282 dan 925 sebagai tanda ahli skim terbabit yang telah berjaya," katanya. 


Beliau berkata, kesemua mereka terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


No comments:

Post a Comment