Assalamualaikum.
Penyertaan dalam bidang hartanah adalah antara pilihan pelaburan yang baik, disebabkan hartanah adalah sesuatu yang nyata secara fizikal (tangible) dan sentiasa mempunyai nilai. Nilai hartanah boleh berubah2 tetapi hartanah tersebut tidak hilang, seperti tanah, (bangunan - jika dilindungi) dan akan berada dalam jangkamasa yang panjang.
Ramai yang menyimpan impian untuk berjaya dalam industri ini dengan membeli rumah, kedai dan ruang komersial. Pembelian tersebut melibatkan sejumlah wang (modal) yang besar, proses pembelian yang panjang dan dokumentasi yang pelbagai.
Pengurusan hartanah selepas pembelian adalah perkara yang sangat mencabar. Selain cabaran mencari penyewa, penyelengaraan hartanah yang berterusan amat sukar untuk dilaksanakan kerana kekangan kewangan. Pengabaian ini mengakibatkan nilai hartanah yang sepatutnya meningkat menjadi sebaliknya.
Kebanyakkan dari kita tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak untuk membeli hartanah secara tunai atau mempunyai kemampuan untuk membuat beberapa pinjaman atas hartanah. Pembelian beberapa hartanah secara pinjaman pula mengundang pelbagai permasalahan disebabkan tempoh pinjaman yang biasanya melangkau kitaran ekonomi. Sebagai contoh, jika tempoh pinjaman 2 hartanah melibatkan tempoh 20 tahun, kita mungkin terdedah kpd 2 kali kemelesetan ekonomi. Dalam setiap kemelesetan ekonomi umur dan jawatan kita turut meningkat dan menjadi antara pilihan syarikat untuk tawaran VSS.
Pilihan yang sesuai bagi anda yang berminat dalam bidang hartanah, tetapi mempunyai kurang modal adalah dalam Amanah Saham Hartanah (Real Estate Mutual Fund) atau Saham Pelaburan Hartanah (Real Estate Investment Trust- REIT). Pelaburan dalam Amanah Saham Hartanah, melibatkan saham atau bond didalam syarikat hartanah. Sebaliknya REIT kebiasaannya adalah pelaburan dalam portfolio syarikat2 yg terlibat dalam pembelian, pembinaan atau pengurusan hartanah.
- AmFirst REIT (1989)
- Axis REIT *
- Amanah Raya REIT
- Atrium REIT
- Al Hadharah Boustead REIT *
- Al Aqar KPJ REIT *
- Tower REIT
- Hektar REIT
- Starhill REIT
- Amanah Harta Tanah PNB (1989)
- Quill Capita Trust
- UOA Reit
(Sumber: http://www.sc.com.my/eng/html/resources/stats/REIT.pdf)
Sistem percukaian di Malaysia mensyaratkan Korporat yang terlibat dalam REIT untuk mengagihkan 95% keuntungan bersih kepada pemegang saham merupakan satu kebaikan kepada pemegang saham dari segi pendapatan tahunan dan dividen yang diterima dikecualikan cukai merupakan insentif yang menarik.
Skala keterlibatan industri REIT di Malaysia masih dikira kecil berbanding negara2 maju dan negara serantau biarpun Malaysia adalah antara negara yang terawal terlibat dalam industri ini iaitu dalam tahun1989 lagi. REIT mula disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2005 dan skop industri dan perkhidmatan mula diperluaskan. Selain REIT dalam bidang perhotelan, ruang komersial dan kondominium, terdapat juga dalam bidang pengurusan Hospital (Al Aqar KPJ REIT) dan Perladangan (Boustead REIT).
Saya mengharapkan agar skop REIT boleh diperluaskan kepada sektor perkhidmatan yang lain seperti Universiti, Pusat Penyelidikan dan Infrastruktur agar penglibatan yang bersifat 'Menang-Menang' boleh dikongsi bersama oleh warga Malaysia. Walaubagaimanapun, beberapa pengubahsuaian dalam struktur organisasi dan entiti terpaksa dilaksanakan sebelum hasrat tersebut boleh direalisasikan.
Saya telah lama melabur dalam REIT sebagai satu diversification of my investments, maklumlah, nak beli hartanah tak mampu. I am satisfied with 8-10% return from dividend every year...
ReplyDelete