Assalmualaikum...
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengajaran yang kita boleh pelajari dari krisis kewangan diArgentina, dan Grece dan melihat kesan Piala Dunia keatas pasaran saham.
Argentina menghadapi krisis kewangan paling buruk dalam sejarah antara tahun 1999 - 2002 dengan hutang bernilai US$132 billion. Bimbang dengan keadaan ekonomi yang meruncing, rakyat merusuh dan mengeluarkan kesemua simpanan mereka dan melumpuhkan Institusi kewangan. Matawang negara hampir menjadi tidak bernilai. Walaubagaimanapun KDNK Argentina bertumbuh pada kadar 8% setahun, diantara tahun 2003 - 2007. Kadar faedah IMF yang mencecah hampir US$1 billion, memaksa kerajaan melaksanakan penstrukturan semula dengan IMF pada tahun 2005 apabila KDNK negara menunjukkan pemulihan. Menerusi kawalan budget yang ketat, hutang negara akhirnya berbaki US$20billion pada 3 Januari 2006, iaitu hutang kepada Institusi pelaburan luar negara. Hutang tersebut akhirnya berjaya distruktur semula pada Oktober 2009.
Grece pula menghadapi defisit Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) sebanyak 12.7% bagi tahun 2009, melangkaui paras maksima defisit 3% Kesatuan Eropah (EU). Akhirnya pada hari ini, 8 Mei 2010, EU dan IMF meluluskan Pakej Menyelamat kepada Grece bernilai €110 billion. Negara Portugal, Sepanyol dan Italy dijangka oleh ramai pakar kewangan di antara negara yang bakal menghadapi krisis kewangan, dan jika matawang Euro menjadi lemah, negara2 tersebut bakal berdepan krisis yang membahayakan masadepan Kesatuan Eropah. Menurut laporan IMF 2008, matawang Euro yg digunapakai oleh lebih 325juta warga Eropah, adalah yang kedua terbesar digunakan selepas dollar. Kesatuan Eropah terpaksa meluluskan peruntukan €70 billion bagi melindungi matawang tersebut dan mengelakkan krisis kewangan dari terus membarah.
Pasaran modal boleh menarik nafas lega atas komitmen yang dibuat olek EU dan IMF, tetapi pasaran dijangkakan tidak akan berubah terlalu banyak. 33 hari dari sekarang iaitu pada 11 Jun - 11 Julai 2010, demam bolasepak Piala Dunia FIFA di Afrika Selatan bakal melanda. Jika kita mengkaji pasaran modal, salah satu punca penurunan indek di Bursa utama dunia adalah kerana pelabur mulai keluar dari pasaran mulai pertengahan April, disebabkan Piala Dunia FIFA. Menurut satu kajian oleh Guy Kaplanski & Haim Levi, sepanjang 11 pertandingan Piala Dunia dalam tempoh 41 tahun, prestasi pasaran saham US menurun pada purata -6.25% (-46.6% tahunan) berbanding purata pulangan +1.27% (10.6% tahunan) bagi tempoh yang sama.
No comments:
Post a Comment