Assalamualaikum...
Ramai yang beranggapan wang RM1 juta adalah banyak dan sukar untuk diadakan. Ada yang memberi jawapan , kita hidup ala kadar sahaja dan jangan mengejar keduniaan. Sebenarnya, RM1 juta, adalah satu jumlah yang sederhana yang perlu dirancang oleh pasangan yang ingin bersara. Betul ke...?
Mengikut statistik 2007, jangkahayat rakyat Malaysia, Lelaki 71.9 (72 tahun) & Wanita 76.4 (76 tahun). Mengambil umur persaraan 56 tahun, jangkahayat selepas bersara 16 tahun untuk lelaki dan 20 tahun wanita.
Kos makan (RM236,520-00), kos semasa tanpa mengambil kira kadar inflasi:
3 x RM6 x 365 hari x 16 tahun = RM 105,120-00
3 x RM6 x 365 hari x 20 tahun = RM 131,400-00
Bagaimana kos yang lain2..?, rawatan kesihatan, perkahwinan anak2, pendidikan anak2 (biasiswa terhad), perbelanjaan ke tanah suci, perbelanjaan air & elektrik. Buatlah kira2...
No comments:
Post a Comment