Assalamualaikum...
Dalam satu seminar yang saya kendalikan, seorang peserta bertanyakan satu soalan berkenaan saudaranya yang ingin meggunakan pinjaman peribadi sebagai belanja perkahwinan disebabkan kedua-dua bakal pengantin mempunyai komitmen dengan pinjaman kenderaan.
Respon saya, pasangan yang ingin berkahwin sepatutnya menyediakan perbelanjaan perkahwinan sebagai bukti komitment mereka. Komitment kewangan tersebut hendaklah disediakan sekurang2nya apabila mereka memasuki alam pekerjaan.
Membuat pinjaman untuk belanja perkahwinan akan mengundang permasalahan kewangan selepas berumahtangga. Disamping terpaksa membayar hutang kenderaan (dalam kes ini - 2 buah), hutang belanja perkahwinan, pasangan akan pula memikirkan untuk membuat hutang perumahan. Belum habis membayar hutang belanja perkahwinan, pasangan mendapat berita gembira kehadiran ahli baru dalam keluarga.
Fenomena ini tidak akan berhenti disitu, kediaman yang diduduki pula akan diisi dengan kelengkapan asas seperti peti sejuk, tv, mesin basuh, kelengkapan bilik tidur dan kelengkapan ruang rehat. Apakah pilihan pasangan tersebut?
Nasihat saya, langkah pertama ke gerbang perkahwinan janganlah dimulakan dengan HUTANG. Rancanglah kewangan anda dari awal.
No comments:
Post a Comment